Put3alam's Blog

Adakah itu satu petanda, bila alam mula bersuara?

KAHWIN

Posted by put3alam on January 11, 2012
Posted in: untaian kata. Leave a Comment

Tirai 2012 ni menemukan saya dengan perkhabaran teman2 sebaya yang akan berkahwin. Saya gembira buat teman-teman saya. Mereka bakal melangkah ke alam rumah tangga.

Saya?????????????????

Tetap teguh mahu meneruskan zaman bujang dan solo. Baru saya faham istilah “tidak bersedia lagi”. Alasan yang sering diberikan apabila si bujang atau dara masih lagi diajukan dengan soalan2 membunuh  ”bila nak kahwin?? ” hahaha. Bila diri belum sedia, mmg kita tak kan ada perasaan nak kahwin tu. Lagi pun saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Dunia saya lengkap buat masa ini tanpa pasangan di sisi.

Bila saya dan Si dia sudah bersedia, moga ALLAH temukan kami dalam redhanya. Siapa si dia? Soalan yang saya tiada jawapan, tetapi ALLAH simpan jawapannya buat saya. Ya ALLAH, kau peliharalah dirinya. Teguhkan imannya. Dekatkan cintanya padaMU, Ya ALLAH. Begitu juga aku.

*mood menanti jodoh.hehehe

SEBAB MULUT

Posted by put3alam on January 6, 2012
Posted in: untaian kata. Tagged: nasihat. Leave a Comment

Hari ini air mata sahabat baik saya mengalir. Semua gara-gara saya yang tidak pandai menyusun kata memberi semangat. Saya ada sedikit sesal.

Saya memang keras hatinya. Tidak pandai berlembut. Tidak pandai bermadah kata. Sebab saya memang sering begini. Dilatih dari kecil dengan kata-kata yang tegas sebagai nasihat. Sebab tu jiwa saya jadi keras.

kata-kata akhir dari saya buat awak tadi “kalau dah tak boleh sangat..quick sahaja “.

apa lagi yang boleh saya cakap. apapun, keputusan di tangan awak. Saya tak boleh nak merubah, kalau awak sendiri tidak merubah pendirian awak. Sebagaimana “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri’. Saya mahu lihat awak berjaya. Itu sahaja niat saya. Awak perlu tahu satu benda, kawan yang baik adalah kawan yang akan tegur bila kawan buat salah atau merasakan tindakan tersebut tidak wajar. Awak tahu tak, bukan semua kawan saya boleh tegur telus dari hati. Sebab awak adalah seseorang dalam hati saya, maka saya prihatin.

Hakikatnya, lepas ni saya perlu belajar beri kata-kata semangat dengan cara berlembut atau diam itu lebih baik. Bila mana mengeluarkan kata-kata itu lebih banyak membawa keburukan. Tapi diam tidak menegakkan kebenaran lagi la tak betul….apapun, fikir sebelum cakap.

sekian.

FIKIR SEBELUM CAKAP

Posted by put3alam on January 4, 2012
Posted in: untaian kata. Leave a Comment

Tahun ni berazam nak cakap benda yang baik2 sahaja..tak nak sakitkan hati orang atau bercakap pada perkara yang lagha..

TIP:
1.Rasulullah s.a.w ketika berbicara hanya mengeluarkan kata-kata yang sedikit tetapi dapat menjelaskan banyak perkara.

2.”Aku tidak akan menyesal kerana banyak diam tetapi aku sering menyesal kerana banyak bercakap.

3.Al-Imam al-Mawardi bagi pesanan pilihlah kata-kata yang tepat,ringkas,dan padat agar sampai maksudnya.

mari beramal..=)

PM Malaysia bukan Bumiputera

Posted by put3alam on December 23, 2011
Posted in: Politik. Tagged: perlembagaan malaysia. Leave a Comment

Heboh isu boleh ke bukan Melayu jadi PM Malaysia? Dalam Perlembagaan Malaysia ada ke menyatakan hanya Melayu boleh jd PM?

JAWAPAN :

Bukan Melayu boleh jadi PM. Perlembagaan tidak ada nyatakan syarat jd PM adalah Melayu. tetapi perlu diingat, syarat asas nak jadi PM perlu mendapat sokongan majoriti rakyat. Bangsa Melayu meliputi 63% populasi rakyat Malaysia. Jika majoriti bangsa Melayu ini sokong PM bukan Melayu tidak ada masalah. Penyataan ini turut disokong oleh penyataan Datuk Mukhriz Mahathir,Timb. Menteri Perdagangan,Antarabangsa dan Industri dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Secara peribadi, saya tidak kisah apa bangsa sekalipun jadi PM Malaysia. tetapi saya mahu PM Malaysia perlulah beragama Islam. Jelas ini pendirian saya. Selagi mana pemimpin tertinggi negara adalah Islam, insyaALLAH negara akan sejahtera .

Palestin..oh Palestin

Posted by put3alam on December 23, 2011
Posted in: Politik. Leave a Comment

Pd Nov 2011, Palestin dah jd ahli penuh agensi pendidkan dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Dengan kputusan undian 107 ahli menyokong,14 menentang & 52 berkecuali. 81% undian diperlukan bagi kelulusan dlm dewan yg dihadiri 173 ahli delegasi UNESCO.

Apa yg menarik perhatian saya tentang isu ini, tindakan AS, Kanada & Jerman yang menentang kemasukan Palestin. AS beria shj laung nak jd hero pejuang keamanan dunia tp tindakan AS bantah Palestin jd ahli UNESCO membuktikan jelas mereka ini memang tidak mahu Palestin maju dan aman. AS siap gertak lagi pada UNESCO untuk tangguhkan bantuan sbyk $80 juta dana tahunan. AS ni penyumbang 22% dana pd UNESCO. Dasar buruk perangai la AS ni. Almaklum, ni la kawan baik Israel.

Meskipun begitu, keputusan UNESCO adalah muktamad. Keahlian secara rasmi Palestin dalam UNESCO berkuatkuasa apabila Palestin menandatangani carta pertubuhan UNESCO. Terima kasih kepada kuasa besar seperti Rusia, China,India,Perancis, Brazil & Afrika Selatan yang menyokong kemasukan Palestin. Britain pula berkecuali..

Moga ada sinar baru buat rakyat Palestin. Bersabarlah dan kuatkan semangatmu wahai saudara-saudaraku di bumi Palestin. Allah sentiasa ada bersama kita semua.

KISAH MALAM JUMAAT INI

Posted by put3alam on December 16, 2011
Posted in: untaian kata. Leave a Comment

SMS yang ku terima buat aku terkesima dengan isinya..”salam. Husna zulkifli telah kembali ke  rahmatullah maghrib tadi. al-fatihah”

Ya ALLAH…aku sangat terkejut dengan berita ini. Arwah kembali menghadap Ilahi pada hari yang baik. Malam jumaat. moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.

Sudah 2 orang sahabatku pergi menghadap Ilahi. teringat arwah Hidayati jge. Moga arwah hidayati juga tenang disisi Ilahi.

Buat kita yang masih hidup, ambillah peringatan bahawa setiap yang hidup itu pasti akan kembali ke pemiliknya yang Maha Esa.

Perbaikilah amalan kita dan hubungan kita dengan Allah.

Kala hati ini sedang berduka dengan pemergian sahabat, aku sekali lagi dikejutkan pula dengan pangggilan.

Kali ini hal dunia pula. Maaf, aku sangat tidak senang dengan panggilan tersebut. Peringatan buat diri dan kaum adam, sekiranya tidak ada hal mustahak atau terdesak, tidak perlu membuat panggilan atau sms dilewat2 malam.  Aku sangat pantang orang sebegini. Anda tidak menghormati masa dan privacy orang lain. Membuatkan saya bersangka buruk dengan kaum adam. Lagi2 bila mereka ini berstatus orang beragama di mata masyarakat.

Beradablah sekiranya kalian punya niat untuk mengenal seseorang wanita itu dengan lebih dekat. Tingkah laku seperti ini akan membuatkan wanita-wanita seperti saya sangat tidak menyenangi kalian. Saya luahkan hati ini dengan ikhlas supaya kalian yang bernama lelaki tidak bertindak sedemikian. Lelaki2 yang tidak pernah punya perkaitan, tiba2 cuba masuk dalam hidup seorang wanita tanpa adab amatlah buruk di pandangan mata wanita tersebut

Peringatan buat diri ini dan insan2 sekalian yang cuba2 untuk mencari teman hidup

Tidak perlu menyatakan kesungguhan maksud hati dengan cara yang keterlaluan hingga merimaskan. Beradablah dan ikutlah syariat yang telah diajar kepada kita sebagai seorang muslim

AKHIR SEMESTER

Posted by put3alam on December 14, 2011
Posted in: untaian kata. Leave a Comment

banyak betul kerja kuliah yang perlu disiapkan. Semuanya gara-gara sikap sambil lewa yang suka bersenang-senang di awal sem. Huhuhu…tak pernah nak berubah…buatla azam banyak mana dan hebat mana…tiap2 sem akhirnya siapkan tugasan last minute jugak..aduhhhhhh…=(

tgk markah test 2 subjek undang2 keluarga islam, agak  mengecewakan. maknanya..saya memang belum boleh kahwin lagi. Belum cukup faham ilmu rumah tangga..huhu..memikirkan perlu kerja keras untuk score final + fahamkan ilmu itu untuk bekalan masa depan…=)

baiklah…saya nak cheer up diri dgn kata-kata semangat..

Saya adalah orang yang penuh motivasi. Setiap hari motivasi saya makin berkobar. Saya sangat YAKIN dan PERCAYA kalau apa yang saya impikan nanti bakal menjadi kenyataan. Saya percaya itu. Keyakinan ini bahkan sudah mengakar ke alam bawah sadar saya. Setiap kali saya merasa lemas, alam bawah sadar saya mengingatkan dan memberi motivasi kalau “saya bisa!”, bahwa “saya adalah seorang pemenang.”

Kembali Senyum

Posted by put3alam on November 29, 2011
Posted in: untaian kata. Leave a Comment

Dalam kesibukan dengan tugasan kuliah yang melambak2..tugasan program yang penuh cabaran..+ sifat malas study yang menjadi-jadi buat kepala naik rungsing seketika… Adoi…awok!!! jangan jadi pemalas..ubat pemalas x de kt dunia ni..ehhh semua penyakit ada ubat la..baik2 saya banyak2 doa supaya syaitan x goda saya.

Presentation FYP dah selesai.Even pada awalnya dugaan hebat melanda..tb2 Supervisor sakit..n serabut slide tu..Alhamdulillah dengan izin Allah, semua berjalan lancar dan berjaya bentang dengan cemerlang. Lecturer2 puas hati dan dapat pujian. Setidak-tidaknya berita gembira yang dikhabarkan pada supervisor dapat gembirakan hati dia.ngee..ngee..walaupun malam tu kene marah dgn SV..=)

Sudah lama tidak dengar perkhabaran teman rapat. Hati mula merajuk dan mahu bawa diri. Ohhh…awak dah nak tinggalkan saya.X perlu saya lagi..apa boleh buat..baiklah saya nak lari jauh2 la ni bawak diri..perempuan sangat..=)

Tup..tup..malam td dpt panggilan. X sangka teman rapat. katanya balas smua2 msg saya yg x berbalas. tau pon serba salah..ingat kan x de prasaan sangat.hahaha. Everything back to normal. hakikatnya masing2 sibuk uruskan hal final year project. Almaklum..saat2 tahun akhir di universiti..fuhhh

Walau apapun yang terjadi perlu kembali senyum untuk naikkan semangat. dan supaya muka x cepat berkedut.muahahaah.kawan2 yg sedang gigih dengan FYP masing2..all the best guys. We can do it..=)

 

HIJRAH

Posted by put3alam on November 26, 2011
Posted in: untaian kata. Leave a Comment

Hari ini adalah 1 Muharam 1433 H. Tahun baru dalam Islam sempena peristiwa hijrah dari Mekah ke kota Madinah.

Maka dengan tahun baru ini, baiklah kiranya kita berazam yang baik2 untuk tingkatkan kualiti diri.

Ya ALLAH ku pohon petunjukMU dan kasih sayangMu untuk  permudahkan aku beramal ibadah dalam mendekatkan diriku padaMU.

Moga hijrah ini membawa erti yang besar dalam hidupku.Kurniakan daku kekuatan Ya ALLAH untuk menempuh dugaanMu.

Kawan-kawan..mari kita tanamkan azam untuk jadi hamba ALLAH yang bertaqwa.

TONGKAT

Posted by put3alam on November 24, 2011
Posted in: untaian kata. Leave a Comment

Saya perlukan tongkat untuk berjalan,
Hilang kudrat untuk menongkah hari esok,
Ya ALLAH beri daku kekuatan untuk hari esok,
Berikan daku pertolongan.

Posts navigation

← Older Entries
  • CARIAN

  • PROFILE

    Tak perlu nak kenal saya. Tiada apa yang menarik. Hanya budak kepala senget yang suka membebel & merapu. Kalau ada benda baik yang saya tulis, nak jadikan pengajaran & amalan, moga saya dapat berkat dari perkongsian.

  • KALENDAR

    January 2012
    M T W T F S S
    « Dec    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031  
  • Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.com
  • Pautan Luar

    • ayat cinta
    • friendster
    • jabatan penerangan malaysia
    • kdbmputra
    • kongres pendidikan
    • unicef
  • Pendebat UPM

    • Amirrudin
    • Ammar
    • Aril
    • Badri
    • Biha
    • Borhan
    • Fara
    • Favian
    • Fazil
    • K.Nida
    • K.Syafiqah
    • Lukman
    • Syabira
    • Syamsul
  • penulis berbakat

    • Amad
    • Faizal Tehrani
    • Hafez Iftiqar
    • K. Shida
  • Rakan Debat

    • Ali Ashraf
    • anuar UKM
    • Mira UKM
    • Naqib IPPP
    • Paan Uniten
  • teman seperjuangan

    • amal
    • fakri
    • Faris
    • Maslinda
    • Nadia
    • tikun
    • wawa
  • Tulisan Terbaik

    • KAHWIN
  • CURAHAN TERBARU

    • KAHWIN
    • SEBAB MULUT
    • FIKIR SEBELUM CAKAP
    • PM Malaysia bukan Bumiputera
    • Palestin..oh Palestin
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 3 other followers

Blog at WordPress.com. Theme: Parament by Automattic.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Powered by WordPress.com