Heboh isu boleh ke bukan Melayu jadi PM Malaysia? Dalam Perlembagaan Malaysia ada ke menyatakan hanya Melayu boleh jd PM?
JAWAPAN :
Bukan Melayu boleh jadi PM. Perlembagaan tidak ada nyatakan syarat jd PM adalah Melayu. tetapi perlu diingat, syarat asas nak jadi PM perlu mendapat sokongan majoriti rakyat. Bangsa Melayu meliputi 63% populasi rakyat Malaysia. Jika majoriti bangsa Melayu ini sokong PM bukan Melayu tidak ada masalah. Penyataan ini turut disokong oleh penyataan Datuk Mukhriz Mahathir,Timb. Menteri Perdagangan,Antarabangsa dan Industri dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Secara peribadi, saya tidak kisah apa bangsa sekalipun jadi PM Malaysia. tetapi saya mahu PM Malaysia perlulah beragama Islam. Jelas ini pendirian saya. Selagi mana pemimpin tertinggi negara adalah Islam, insyaALLAH negara akan sejahtera .