Hari ini air mata sahabat baik saya mengalir. Semua gara-gara saya yang tidak pandai menyusun kata memberi semangat. Saya ada sedikit sesal.
Saya memang keras hatinya. Tidak pandai berlembut. Tidak pandai bermadah kata. Sebab saya memang sering begini. Dilatih dari kecil dengan kata-kata yang tegas sebagai nasihat. Sebab tu jiwa saya jadi keras.
kata-kata akhir dari saya buat awak tadi “kalau dah tak boleh sangat..quick sahaja “.
apa lagi yang boleh saya cakap. apapun, keputusan di tangan awak. Saya tak boleh nak merubah, kalau awak sendiri tidak merubah pendirian awak. Sebagaimana “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri’. Saya mahu lihat awak berjaya. Itu sahaja niat saya. Awak perlu tahu satu benda, kawan yang baik adalah kawan yang akan tegur bila kawan buat salah atau merasakan tindakan tersebut tidak wajar. Awak tahu tak, bukan semua kawan saya boleh tegur telus dari hati. Sebab awak adalah seseorang dalam hati saya, maka saya prihatin.
Hakikatnya, lepas ni saya perlu belajar beri kata-kata semangat dengan cara berlembut atau diam itu lebih baik. Bila mana mengeluarkan kata-kata itu lebih banyak membawa keburukan. Tapi diam tidak menegakkan kebenaran lagi la tak betul….apapun, fikir sebelum cakap.
sekian.