Author Archive for put3alam

03
Nov
09

dendam kembali

dendam lama yang telah luput kembali membara…
aku mmg telah lame melupakannya…
TETAPI….
hari ini…dia melakukannya lagi pada aku
Argh……
aku dendam ngan dia….
segala harta aku dia rampas
tapi…
bila ku fikirkan kmbali..
x berguna pon aku dendam ngan dia..
buat sakit hati je…
dia adalah…
mak cik yang suka curi peralatan mandi aku kat tandas….
mak cik….bertaubatlah..
saya halalkan je apa yg mak cik dah amik…
tp………………….
klu lepas ni saya dan rakan2 lain jadi mangsa mak cik lagi..
saya akn bertindak….
huhuhuuhu…

03
Oct
09

0-0

mesti orang ingat ni entry raya….

sebab tajuk dia 0-0…jawapannya  SALAH!!!

selepas seminggu raya menggemukkan badan dengan pelbagai makanan di hari raya…minggu ni kene buat aktiviti pengurusan badan plak.hahaha

Kelas kokorikulum sukan bola keranjang seperti biasa di adakan hari ni

Ada ujian kemahiran asas….Huh…berdebar..poyo je!!!kua3

untuk ujian free shoot (hantaran percuma) membuatkan aku meroyan…

Arg!!!!! apsal x masuk plak ni…x pe, bru cubaan pertama…

Sub…0….sub…0…sub…0

Aiyo!!!! dah cubaan ke-5 aku masih kosong.

Hah!!biar btul ni..

nasib baik Puan Tan bagi buat sekali lagi….ok, cubaan ke-2.

Kali ni lebih bersemangat dan fokus…

Akhirnya………

MASIH 0….

maknanya…..ujian pertama 0…ujian kedua pun 0… so, 0-0.

Oh…sukar nak ku percaya…padahal aku la handalan dalam free shoot….(poyo jap) he3…adakah kerana makan makanan berlemak sengat meyebabkan lemak2 telah berkumpul bawah lengan aku menjadikan tangan aku berat…atau sebab aku rendah bola tu x nak msuk…mmm..aku musykil ni.he3….

ni sebab x fokus la ni…dan teknik salah..

nampaknya Pn. Tan sangat memahami aku….

“ok, boleh buat re-test ke-3″

huh!!! boleh buat? Yes! yes!…….

ok, kali ni kene sungguh2…..

kali ke-3….akhirnya baru masuk bola tu…itu pun 1 daripada 5 percubaan.jadi la…

ish..ish…teruk sangat aku ujian kali ni…maklum la….musim-musim hari raya ni…semuanya mood raya..bola tu pun saja je x nak masuk…

aku rase sebab ada hantu kat net tu la…. hantu tu tolak bola aku keluar dari ring tu….huhuhu…

hari ni penat jugak la kelas koko td….nasib la aku. nak sangat main bola keranjang…..amik ko.hahaha…

11
Sep
09

APA YANG KURASA

Hati aku tiba-tiba ingin mencoret rasa,
Berkongsi cerita,
Tentang segalanya….
Manusia itu fakir, dalam kefakiran, ALLAH berikan petunjuk sebagai panduan kita hidup.
Itulah NUR….
Aku berkesempatan berbuka bersama-sama anak-anak yatim dan miskin semalam…
Hati ini rasa sayu…air mata ini ku bendung dari terhambur…
Masih kecil mereka semua..semuanya lelaki…
Melihat gaya hidup mereka membuatkan aku berfikir sejenak..
Betapa aku beruntung, masih punya ibu dan ayah…mendidik,memberi aku kasih sayang hingga ke saat ini..tapi, apa yang mereka alami? Hidup bersama teman-teman…tidak punya ibu dan ayah di sisi..tanpa belaian manja..sentuhan kasih..dari mereka yang bergelar ibu dan ayah kandung..Mungkin mereka bahagia di rumah anak-anak yatim itu, tapi tidak salah jika aku tafsirkan pada wajah mereka, ada terselit rasa rindu pada keluarga masing-masing..anak itu masih kecil, tetapi perlu lakukan segalanya dengan sendiri…
Keakraban mereka membuat hati aku tersentuh.Seorang adik kecil berumur 7 tahun, tersengguk-sengguk membaca yassin.Abang berumur 12 tahun,memicit-micit tengkuk si adik agar dia tidak terlena dalam bacaan yassinnya…bersama-sama melompat-lompat bagi menghilangkan rasa mengantuk.Mereka bukan saudara kandung, tetapi ikatan ikhlas yang terpaut antara hati-hati mereka, membuatkan mereka akrab. Aku cukup tersentuh melihat mereka yang masih kecil itu.
Aku pulang dengan satu azam. Aku ingin berbakti lagi pada mereka..aku ingin mereka gembira..aku mesti beringat, dalam kita gembira bersama keluarga, masih ada yang derita. Bersyukurlah dengan segala nikmat tuhan yang diberikan kepada aku…aku harus menjadi hamba yang bertaqwa.
Ramadhan ini sering menghadirkan seseorang dalam mimpi aku.Ada garis ceria di wajahnya. Aku tidak mengerti apa maksudnya. Moga aku diberi petunjuk…Amin.

08
Sep
09

Ikhtibar diri

Lebih baik mempunyai wajah yang hodoh daripada memilki kata-kata yang hodoh,
Kerana,
Tidak mungkin wajah yang hodoh itu bisa menyebabkan orang membenci kita,
Sebaliknya,
Kata-kata yang hodoh akan membuatkan orang membenci kita.

31
Aug
09

AKAL

 biar jasad dipenjara
jangan akal terpenjara prison

30
Aug
09

PERAMAH KE-2

PERAMAH kali ini sedikit berbeza dengan PERAMAH pertama.byk penambah baikan dilakukan, pengisian program sangat baik…ceramah yang diberikan oleh otai2 debat sangat mengujakan aku….komen2 dari hakim2 juga menyebabkan otak aku ligat berfikir mnyusun strategi apa yang sepatutnya aku lakukan.

“Thingking is the KEY”

My mind is mine….
Nobody can’t block my mind..

19
Aug
09

Cerita Gempar 2

Secara kasarnya, kisah ini merupakan kisah benar yg aku alami.
Agak pelik jalan cerita ini, tapi itulah yg berlaku…
melibatkan individu yg tidak dikenali…melibatkan jumlah wang yang sangat banyak…melibatkan peguam asing(dari negara luar)…dan melibatkan perihal agama…
Kisah ini aku namakan sebagai
“Cabaran Alam”

Bersambung….

19
Aug
09

Cerita Gempar

aku punya kisah yang gempar…
nantikan kisah gempar ku…
aku beranggapan ini satu ujian yang hebat sedang melanda…
Nantikan….

14
Aug
09

RAMADHAN

Aku rindukan kehadiran Ramadhan, bulan penuh mulia.
Andai ini Ramadhan terakhir buat aku,
Semoga amalan Ramadhan kali ini sempurna ibadahnya…
Selamat menyambut Ramadhan penuh mulia buat semua teman2…
Ampun dan maaf saya pohon andai ada perlakuan saya yang menyakitkan hati kalian.
Laksanakanlah ibadah puasa kali ini penuh sabar dan ikhlas. 2864173387_c9fea39093_o

06
Aug
09

CABARAN

Menjadi cabaran pada aku untuk sem ini bila kebanyakan subjek2 yang aku amik sem ini, pensyarah2nye tegas dalam pemberian markah….huhu, tidak boleh main2 lagi.

Harapan abah mahu aku bergraduat dengan kelas 1 menjadi cabaran besar buat aku.

Hubungan yang semakin baik bersama sahabat juga menjadi cabaran buat aku.Bukan senang unutk kita mandapatkan kepercayaan manusia. Aku kene jaga hubungan baik sesama manusia.

Cabaran buat aku juga untuk semakin mendekatkan diri pada PEMILIK diri ini. Semoga hari2 ku penuh dengan keberkataNYA….