Archive Page 2

15
Jun
09

Aku di Tag kak iqa…

1) Bekas kekasih saya adalah…
Saya tidak pernah ada kekasih

2) Saya sedang mendengar…
Cerita hantu dari Safura(debater UiTM)

3) Mungkin saya patut…
Melangsaikan tugasan saya

4) Saya suka..
Masak..Bersukan..Baca novel..Usik anak buah..tengok orang lain ketawa..

5) Sahabat-sahabat saya…
Macam2 perangai ada…saya sayang dorang semua…

6) Saya tak paham…
Cam ne nak pikat hati lelaki..haha..main2 je.Saya tak faham nak buat sarung ketupat

7) Saya kehilangan…
Peluang untuk melancong ke Indon.

8) Ramai yang berkata…
Saya ini pemalu & pendiam orangya.haha…

10) Cinta itu adalah…
Sangat agung buat ALLAH & rasul, mulia buat ibu&bapa, indah buat sesama muslim. Unik…bila 2 jiwa menjadi 1 rasa

11) Di suatu tempat, seseorang sedang…
Membebel…(syabira)

12) Saya akan cuba…
Belajar sungguh2…semoga mak&abah gembira

13) Ayat SELAMANYA membawa maksud…
Tidak pernah ada penghujung

14) Telefon bimbit saya…
Biase-biase saje….

15) Bila saya terjaga…
Saya gosok-gosok mata & muka

16) Saya paling meluat…
Tengok perempuan menggedik…(walaupun saya jg perempuan) & lelaki bajet bagus

17) Pesta/parti adalah…
Tempat yang meriah.

18) Haiwan yang paling comel pernah saya temui…
Arnab!!!

19) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah…
Sejak mula mengenal apa itu dunia hingga kini

20) Hari ini…
Team UPM kalah di semi final lwn UiTM dlm debat perpaduan. Saya jg melawat kg.budaya. SERONOK!!!

21) Malam ini saya akan…
Siapkan homework.

22) Esok pula saya akan…
Menyaksikan Final Debat Perpaduan. UiTM vs UM

23) Saya betul² inginkan…
Pulang ke rumah..bertemu seseorang…mmm..sape agaknye.ssshhh, rahsia hati.hehe

24) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini…
Alhamdulillah….wajah saya sempurna. Tidak cacat walaupun saya tidak secantik mane….

25) Pusat membeli-belah atau arked permainan…
Arked permainan. Boleh hilangkan tension…

26) Makanan barat atau Jepun…
Barat…saya tak pandai makan makanan jepun. lagi2 sushi..rse tekak kembang

27) Bilik yang terang atau gelap…
Terang untuk belajar…gelap untuk tidur..

28) Makanan segera adalah…
Makanan yang tidak sihat. Banyak pengawet..

29) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang…
kat mane benda tu jadi??

30) Siapa yang anda ingin tag…

Syabira

Abang syam

Abang amer

Tikun

Abang Pau

Abang Aril

Kak Nida

Kak Shida

15
Jun
09

Perjalanan Hidup

Perjalanan ini masih jauh,

Perjalan ini penuh dengan liku,473578346_161238e82d

Dalam kepenatan,

Aku gigihkan diri ini supaya terus

Bertahan,

Bersabar,

Berusaha,

Bukan senang nak jadi senang , bukan susah nak jadi susah,

Itu kata-kata seorang pendidik yang masih terngiang-ngiang di telingaku,

Aku akui,

Ada kalanya,

Aku rebah dalam perjalanan ini,

Aku hampir putus asa,

Namun,

Aku punya Tuhan Maha Pencipta,

Kepada DIA,

Aku luahkan segala isi hati ini,

Aku cucurkan air mata ini,

Hanya kepadanya aku sandarkan harapan,

Semoga perjalanan hidupku dirahmatiNYA.

14
Jun
09

Aku hamba yang lemah

Aku cukup terkesan apabila membaca blog seorang sahabatku. Terasa diri ini begitu kerdil, hina, & lemah di pandanganNYA….Sesungguhnya, aku ini hamba yang sentiasa memerlukan petunjuk dan hidayah darinya. Hayatilah bait-bait lagu yang pernah didengkan oleh Raihan ini.

niqabface-main_Full

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
pagi ku ingat
petang ku alpa
begitulah silih berganti
Oh Tuhanku
kau pimpinlah diri ini
yang mendamba cinta MU
aku lemah
aku jahil
tanpa pimpinan dariMU
Kau Pengasih
kau Penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba2Mu
Selangkah ku..kepadaMU
1000 langkah Kau padaku Tuhan
Diri ini tidak layak kesyurgaMU
namun tidak pula aku sanggup kenerakaMU

12
Jun
09

When a maths teacher writes love letter


My Dear SweetHeart,
Yesterday, I was passing by your rectangular house in trigonometric lane.

There I saw you with our cute circular face,conical nose and spherical eyes,standing in your triangular garden.

Before seeing you my heart was a null set, but when a vector of magnitude (likeness) from your eyes at a deviation of theta radians made a tangent to my heart, it differentiated.My love for you is a quadratic equation with real roots, which only you can solve by making good binary relation with me.

The cosine of my love for you extends to infinity.

I promise that I should not resolve you into partial functions but if I do so, you can integrate me by applying the limits from zero to infinity..

You are as essential to me as an element to a set.

The geometry of my life revolves around your acute personality.

My love,
If you do not meet me at parabola restaurant on date 10 at sunset, when the sun is making an angle of 160 degrees, my heart would be like a solved polynomial of degree 10.
With love from your higher order derivatives of maxima and minima, of an unknown function..

11
Jun
09

Aku di Bumi Kenyalang

Aku berangkat ke Bumi Kenyalang pada 11/6/2009. Buat pertama kali ke sini. Wah!!!Sedikit teruja. Aku bangun awal hari ini, supaya dapat kemas apa-apa yang patut dan supaya tidak terkocoh-kocoh. Tiba di LCCT, kami dimaklumkan flight kami delay kepada 3.40 petang sedangkan kami tiba pada 11 pagi. Adoi….terpaksa la tunggu dalam 5 jam baru kami berangkat. Dalam flight, aku duduk dekat dengan sayap. Tapi x dapat lihat bagaimana ia berfungsi ketika ingin terbang. Ehss…rugi-rugi.Almaklum, dulu belajar fizik pasal benda-benda ni.

air asia

Aku pada mulanya, duduk sorang-sorang apabila semua orang cabut tempat lain(bukan sebab aku nakal ye..hehe), tiba-tiba, ada mak cik dan sorang kakak ni duduk di tempat kosong sebelah aku. Aku berikan senyuman sahaja pada mulanya kerana sedikit mengantuk. Bila dah bangun dari tidur, aku pun berborak dengan mak cik sebelah aku. Aku tanya dia “Pergi holiday ke mak cik?” Dia geleng…Aku tanya lagi” Rumah kat sana ye?” Dia beri respon, tapi aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Dia tanya aku pulak    ” Buat apa pergi Kuching?” Aku jawab, ada aktiviti universiti. “Ooo”….jawabnya.

old woman

Kemudian, mak cik itu cuba nak berborak dengan aku. Dia cakap macam-macam. Tapi….masalahnye sekarang, aku tak faham dia cakap ape…Bukan sebab dia kelakar(bhs sarawak…bhs melayunya,” cakap”) Sarawak tapi sebab dia ada masalah bercakap. Dia bercakap dalam keadaan yang kurang jelas sebutan perkataanya. Kalau tidak silap aku, ia adalah salah satu penyakit. Penyakit itu, memberikan kelembapan pada otak. Otak akan lambat berfikir, bercakap dalam perkataan yang kurang jelas difahami dan banyak lagi tanda-tandanya. Tapi aku tidak tahu apa nama penyakit ini. Aku hanya mampu senyum dan mengangguk-angguk kepala dan mengatakan “ya” untuk menjaga hati wanita tua itu,walaupun sebenarnya, aku tidak faham apa yang dia katakan.Huhu….kesian wanita tua itu. Kesian juga pada aku sebab aku tak faham sebenarnya kata-kata dia. Hanya satu soalan saja yang aku betul-betul faham adalah ” Pukul berapa sekarang?” Itu jela aku mampu bagi jawapan dengan penuh yakin dan tepat. Turun dari flight kami kena serahkan borang kesihatan berikutan penularan penyakit H1N1.Eeee….seramnya. Harap-harap, kami sihat-sihat hendaknya….Setiba kami di ruang menunggu, pihak UNIMAS telah sedia menunggu kami. Wah…bagus mereka ini. Bersungguh-sungguh menyambut ketibaan tetamu. Tabik spring aku berikan kepada mereka kerana kami tidak perlu tertunggu-tunggu siapa yang akan bawa kami ke UNIMAS. Sebenarnya….apa tujuan kami ke Bumi Kenyalang ini? Nah!!!!ni jawapannya. UNIMAS adalah tuan rumah bagi pertandingan Debat Perpaduan dan Intergrasi Nasional pada tahun ini. Sebab itulah kami terbang ke sana.

good_luck_good-luck

Kepada semua peserta-peserta debat perpaduan tahun ini, Selamat Maju Jaya & Usahalah yang terbaik bagi merebut Piala Juara. All the best 4 all teams!!!

Buat pasukan UPM khasnya…abang syam, tai boon, abang amer, & amar,buat yang terbaik! Jangan pernah berhenti berfikir selagi perlawanan debat itu belum berakhir. Saya doakan kejayaan anda.

10
Jun
09

I CAN READ IT! CAN YOU?

Wow!!!!aku mendapat emel yang sangat menarik. Maka, saya ingin berkongsi bersama anda.

Ada sesiapa yg boleh baca ayat berikut?

wacky-shocked-baby---with-clipping-path-thumb513604


(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm.. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

08
Jun
09

Rahsia personaliti warna melalui tarikh lahir….

Kini….aku nak berkongsi personaliti melalui tarikh lahir pula…betul ke tak???…anda nilai sendiri.hehehe

2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu
1 April hingga 10 April – Biru Laut

11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April – Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)

colours

MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

KRIM

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman.

MERAH JAMBU

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

EMAS

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!

MAROON

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

OREN

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

UNGU

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi.

LIME (WARNA BUAH LIMAU)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

HITAM

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG

Kamu seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?

KELABU

Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

BIRU

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

(AQUA) BIRU KEHIJAUAN

Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

08
Jun
09

Sinar Gembira

HappyTreeFriends

Aku gembira bila hubungan yang sedikit renggang kembali bertaut….
Gembira bila sudah lama tidak bersua,
kembali bersua,
Gembira bila sudah lama tidak bercanda,
kembali bercanda,
Gembira bila sudah lama tidak berkongsi cerita,
kembali berkongsi,
Aku gembira…..
Itu sahaja aku mampu katakan.
Aku tidak bisa ceritakan kegembiraan hati ini dengan kata-kata yang lebih puitis.

TERIMA KASIH KERANA MEMBAWA SINAR GEMBIRA DALAM DIRIKU…..

04
Jun
09

HAPY BEZDAY

buat k.iqa….HAPY BEZDAY!!!
semoga
panjang umur,
murah rezeki,
berjaya dalam hidup,
bahagia selalu

Happy_Birthday_Wishes-Birthday-148_big

1008-083-01-1068

tERIMAlah UCAPan yang tidak seberapa ini dari fiza….

Take care!!!

Miss You…

04
Jun
09

hapy 0206 day

buat teman-teman sekolah tun fatimah..hapy 0206. aku sangat menghargai saat-saat kita bersama. walaupun tempoh perkenalan kita hanya 2 tahun, tetapi itu tidak menghalang kita berkawan dengan lebih rapat. terima kasih kerana sudi menerima diri ini. terima kasih kerana memberi aku semangat ketika aku jatuh. terima kasih kerana mengajar aku erti ketabahan, kegigihan, kesungguhan.

aku ungkap kata-kata dede:

Mengejar mimpi.

Yang pasti akan aku sentiasa merasa kehilanganmu.

Ku tunggu saat bertemu.

Tiada henti.

Walau di mana kita berada di dalam dunia ini.

Biar sampai akhirnya nanti

img_large_watermarkedSchoolBus-Cartoon7-main_Full

Aku mendoakan kejayaan anda semua. Semoga kita semua berjaya.