MOTOR TUA

Aku yang sarat dengan kebingungan. Bingung dengan perkara yang berlaku. Lakunya buat aku diam membisu. Bisu dengan akal sarat berfikir. Fikir apa yang tidak kena.

Motor kriss tua yang banyak berbakti,

Pemilik mu kini tidak lah berharta. Aku tak mampu untuk ganti alat-alatmu yang sudah uzur dengan segera. Duit poket makin kering. Ada perkara yang perlu diutamakan dari ragammu yang tidak sudah-sudah. Banyak sudah duit ku labur agar kau dapat berkhidmat dengan baik buatku. Tapi, mungkin sahaja aku yang tidak pandai memenuhi hasratmu atau dikau yang sudah terlalu tua dan tidak kuat untuk mengerah tenaga seperti muda dahulu.Aku bukan wanita besi yang bisa mengerti segalanya tentang dirimu. Aku tak punya kekasih hati untuk ku pinta dia baiki dirimu. Aku hanya ada sahabat-sahabat tempat mengadu.

Wahai motor tua yang banyak berbakti,

Aku bukan anak orang kaya yang mudah bertukar ganti. Selagi ku mampu, aku akan setia padamu. Andai esok kau sudah tidak mampu untuk terus bertahan,izinkan aku tinggalkanmu. Tetapi jangan pernah kau katakan bahawa aku wanita yang tidak setia dan tidak mengenang budi. Ketahuilah, bahawa aku perlu teruskan hidup tanpa dibebani dirimu. Andai ku cari penggati dirimu kelak, redhalah dengan takdir ini. Atau mungkin sahaja aku lalui hidup-hidup sukar sendirian dengan bertemankan pengangkutan awam.

Wahai motor tua yang banyak berbakti,

Terima kasih atas jasa dan bakti…sekian.

TERJEBAK

Kenapa aku terjebak dengan perasaan hubungan yang tidak ada jawapan pasti??

Sakit hati & rasa menyesal bila terjebak dengan perasaan ini..

Tapi, tahukah aku bahawa ini adalah ujian Tuhan untuk dekatkan aku pada Cinta Sang Pencipta

Aku mengerti akhirnya, bahawa cinta aku pada Tuhan perlu aku teguhkan untuk aku kecapi nikmat ketenangan di dunia dan akhirat.

Nikmat mengenal cinta Sang Pencipta adalah nikmat tak terhingga buat mereka yang celik mata hati..

Istighfar 100x setiap hari..itulah pesan ustazah buat bekalan aku sehari-harian..

Saat cinta tak dilafazkan, adakah cinta itu milik kita?

Saat diri malu meluahkan rasa, adakah kau rasa apa yang tersembunyi?

Saat tindakan kabur memberi makna , adakah bisa kau tafsir perilaku?

Segalanya, hanya pada Tuhan ku sampaikan rasa,cinta dan perilaku. Kerna hanya Tuhan bisa mengerti apa yang tersembunyi di sudut hati..

CINTA BUAT SANG PENCIPTA ADALAH CINTA AGUNG YANG TIDAK AKAN SIAPA PUN MENCEMBURUINYA…=)

DALAM OTAK

Ada perkara yang bermain dalam otak aku..

1) Adakah ibu mengandung yang suka makan kicap, akan menyebabkan bayi yang dilahirkan berkulit gelap?? macam teori ibu mengandung minum air soya banyak-banyak, anak boleh putih..

2) Kenapa budak kecik suka makan kicap? Kalau boleh setiap benda yang dia makan nak letak kicap. Lepas tu, letak kicap bukan main banyak pulak tu…

Tiba-tiba terfikir benda-benda ni ketika makan bersama rakan-rakan. Apa perkaitan corak pemakanan kepada tumbesaran manusia??

Mmmmm…jom cari jawapan

KOSONG

Apa yang nak ku tulis??? Entah..jiwa kosong, otak kosong dah serupa tin kosong pon ada…

Awat la anak pak cik yunos malas ke beno ni??? study week sepatutnya digunakan sebaik mungkin..ini tidak..TIDO..FACEBOOKING…DRAMA..

ehhh..sapa kate aku hbiskan masa ke keje2 x berfaedah je..aku buat jugak sikit2 assingment yg melambak2 tu..not in mood nak study..

BAGUS..BAGUS.. ikut sangat malas kamu tu..

oh..ini tidak boleh jadi..okey..okey..okey…kene tabur ubat rajin banyak2 ni…klu makan byk sangat ubat malas syaitoooonnnnn…alamaknya, nangis x berlagu la bila result kluar hujung sem ni..

FIGHTING!!!!!  TOLONG HAPUSKAN BAYANGAN ORANG2 X BERKENAAN DALAM OTAK SAYA…oh, sangat serabut..otak kuat berangan. Andai angan2 ini bisa ku tukar pada khayalan tentang gerak balas fisiology dalam tumbuhan, sink & source relationship..nutreint K bergerak dalam floem…dan segala2 tentang pelajaran..bakal jadi albert enstein la aku…hahahah…

 

PENGHUJUNG MASA

Sedar tak sedar rupanya, aku dah 5 tahun di UPM. Universiti yang banyak memberi aku erti hidup. Disini, pelbagai cerita ku peroleh. Temui rakan-rakan yang baik budi pekerti, kuat semangat, periang, kuat merajuk, dan macam2 lagi.

Aku tak mampu nak ungkap segala kisah hidup disini. Aku temui rakan-rakan dari segenap pelusuk Malaysia. Aku temui rakan-rakan dari segenap dunia. Syukur tak terhingga diberi kesempatan ini.

5 tahun di alam universiti membuatkan aku sedikit matang dalam tindakan. Sedikit sahaja…masih banyak yang perlu aku belajar dan teroka di dunia luar. Aku agak teruja tapi aku masih tidak tahu apakah akan aku hadapi di masa akan datang.

Aku tak sabar nak ke penghujung masa di dalam dunia ijazah sarjana. Dunia yang penuh dengan pelbagai cerita. Suka, duka, keghairahan, keazaman, ketabahan, kesabaran dan angan-angan yang tidak pernah berhenti

Soal masa depan yang masih dalam proses perancangan. Adakala aku gentar tentang masa depan. Tapi, aku perlu tempoh dengan semangat kental dan semangat juang yang kuat. Jangan mengalah dan putus asa.

Moga di penghujung masa dunia degree ini bisa melakar sejarah buat aku.Aku mahu bersiap sedia memberi khidmat buat masyarakat.

PUSING AKU PUSING

Wei!!!! apakah semua ini???

 

kepala aku naik pusing, poning dan nak tersembul dah mata aku membaca ni. Gigih sgt nak siapkan writing thesis ni..aauuwwww….boleh naik magrain cam ni. maka, aku alunkan zikir & lagu buat penenang otak yang serabut ni..

 

nak balik rumah, writing x siap lagi. janji ngan SV nak hantar writing pada dia b4 cuti sem. hampeh..lembab sangat aku menulis. pening nak memaham english wei!!!! kecik2 suruh belajar english betul2, aku sibuk  main. patutnya aku kene cari pakwe mak salleh awal2 lagi.hahaha

SABAR..TENANG..BANYAKKAN DOA…aku boleh. Ya ALLAH, aku pinta pertolonganMU. beri aku kekuatan & permudahkan segala urusanku..=)