JODOH

Bila keluar ngan kawan2 sekarang, topik utama perbualan adalah kahwin. Giler la smua, baik kawan laki atau perempuan sama aje.

Paling seronok boleh kawan saya siap targetkan, bila saya akan kahwin. 25 TAHUN…yes, itu mmg perancangan saya. hahaha. apa pon jodoh itu ketentuan ALLAH. tapi kita perlu berusaha. Camne nak usaha tu??? eh..excited pulak. gatal beno kamu ni ye..=)… caranya begini:

Pertama : Jadilah orang yang baik, insyaAllah, akan dapat jodoh yang baik.

Kedua : Ikutlah pilihan orang yang baik-baik. insyaAllah, pilihan itu adalah yang terbaik.

ohhh..camtu. saya dah nmpak sape yg boleh jd calon..tp x sedia nak kawin lagi. Emmm…klu begitu lebih baik tarbiah semula hati ni.. sebab

” Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia ” [HR Bukhari dan Muslim]

doa dan terus berdoa moga ALLAH permudahkan segala urusan. Saya ini bukan budak baik. Sering sahaja hati berbolak balik. Inilah mainan syaitan. Saya perlu belajar menjadi hati yang setia. Bila sudah ketemu lelaki yang baik agama dan akhlaknya, mengapa kita mahu mencari kegembiraan dunia sedangkan kegembiraan akhirat bersamanya lebih diyakini. Namun,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Wahai hati-hati yang suci. . .Katakanlah,

‘Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?’

 “ … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
[Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

30 Mac 2012

Tarikh ni genapla saya 23 tahun. Ho..ho..ho..saya dah makin besar. yippppeeee..

Terima kasih atas doa dari keluarga, sahabat dan kenalan. Saya sangat menghargai atas keprihatinan kalian buat saya.

Buat team horticulture : Saba, enon, jue n kamil..TQ so much belanja saya makan untuk raikan bezday saya.tiap2 sem ada je agenda kita berlima jalan2 bersama ye..i will miss all of u guys soon.

Buat adik2 roomate, terima kasih kerana rai bezday akak dgn msak steamboat..saya terharu dgn adik2 sayang akak ni..sangat gigih adik2 saya masak buat saya.

semalam, dengan izin ALLAH, saya ketemu sahabat2 yang saya rindui secara kebetulan di pasar. Ternampak rakan karib. x sempat nk tegur. hanya perhati dari jauh.eh..jalan terhencut2 kamu ye…hmpir 2 bulan x bertanya khabar. rupanya, hmpir sebulan sudah dia bertongkat ke kelas. gara2 bola..emmm, x penah nak serik. hidup bola aje..>_<.. sukan ye jgk, keselamatan kene diutamakan…peringatan buat diri jgk.

Bila usia meningkat, banyak tanggungjawab yang wajib dipikirkan. Saya perlu perbaiki amalan sebagai seorang muslim. Peningkatan usia adalah tanda semakin dekatnya pada kematian. Maka aku teringat pada satu hadis

Daripada Abdullah Ibnu Omar r.a bahawa Rasulullah saw bersabda “Wahai kaum wanita! bersedekahlah dan perbanyakkan istighfar kerana aku telah diperlihatkan di dalam neraka, ramai ahlinya daripada kalangan wanita”. Para sahabiah (wanita) bertanya, “mengapa begitu wahai Rasulullah?” Rasulullah saw menjawab “kerana banyaknya mengumpat/mengutuk dan mengingkari suami”. (H.R Muslim)

baik, mari kita perbaiki diri dengan amalan2 yang boleh membawa diri ke syurga ALLAH..=)

KITA

Kerana kita pernah saling bergantung,

Saling menyokong,

Saling memerlukan,

Buat aku kini rasa kehilangan,

Rindu yang datang bertandang tiba-tiba,

Memaksa aku mengaku pada hati,

Kamu adalah seorang sahabat yang memberi aku makna dalam diri,

Mahu melihat kejayaan seorang sahabat lebih penting dari memikirkan soal hati.

Aku,kamu dan kalian masih ada misi yang perlu kita selesaikan.

Jangan terus leka dengan hidup di masa muda.

 

LIKU-LIKU HIDUP

Dah lama sangat x menulis kt blog. Sepanjang aku diam ni banyak sangat perkara dah berlaku. Cuma x dpt nak share dgn pembaca. Aku coret sedikit liku-liku hidup yg berlaku pada aku sepanjang hampir 2 1/2 bulan ni.

Rezeki datang secara tiba-tiba. Aku dapat jadi peserta untuk 3 rd IASS. Lagi 4 hari program, aku dapat offer jd presenter. Aku terima seadanya, dan inilah rezki ALLAH yang aku sangat syukuri. Temui kenalan secara global buat diri aku sangat teruja. Moga ukhuwah yang terbina kekal berpanjangan.

Setelah nikmat ALLAH kurniakan, dugaan datang menimpa aku dan keluarga. Tak disangka-sangka, abah dan mak kemalangan kereta di Kelantan. Abah retak tulang pinggul belah kiri. Alhamdulillah, mak tak cedera apa-apa. Maka, Abah perlu berehat panjang. Mungkin 5 bulan atau lebih untuk pulih. Syukur umur mereka masih panjang. Aku belum sedia kehilangan mereka.

Kini tiba masa untuk pilih tempat practicle. Perancangan awal aku mahu buat di Malaysia sahaja. Tiba-tiba terdetik nak buat di luar 2 bulan then, smbung di Malaysia 2 bulan. Jenuh aku emeil banyak tempat di luar, tapi masih belum dapat respon.Betul la, rezeki ALLAH tak siapa yang tahu. Kita usaha, tapi ALLAH yang tentukan yang terbaik buat kita. Apa pon aku masih menunggu jawapan hingga jumaat ini, 23/3/2012.

Sekarang, usaha  siapkan writing thesis. Push urself untuk hasil yang terbaik. Jangan mengaku kalah..=)

BATIK

Hari ni aku temui kembali hobi lama aku. Hobi apa?????

Mewarna….yeaaaahhhhhh..=)

Tapi apa kene dengan tajuk “batik”…?

Syarikat batik telah berbesar hati taja program 3rd IASS. Maka, kami berpeluang warna batik..seronoknya. Kembali pada hobi lama.

Ni hasil seni saya

Corak batik ni dah siap lukis..saya tinggal warna je. kurang cantik. maklum la baru belajar warna batik. Satu pengalaman yang sangat menarik. Saya sangat teruja dan bersyukur diberi peluang belajar benda baru…

 

yang ni “name tag” saya. Azyan bagi…deputy boss dlm corporate division…now, i enjoy dlm corporate team n 3rd IASS family.

CABARAN

Hari ini aku bisa tersenyum puas. Puas dengan nikmat yang ALLAH kurniakan buat daku sebagai hambanya. Aku diberi kesempatan untuk menyertai pasukan korperat program 3rd Internation Agriculture Students Symposium (IASS). Banyak perkara aku harap dapat aku timba daripada program ini.

 

Usaha untuk mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat di Malaysia membuahkan hasil. Aku berjaya dapatkan tajaan dari Rumpun Damai Nursery dan Agrobank. Alhamdulillah… walaupun perkembangan baik lambat diperoleh, tapi kesabaran membuahkan hasil.

Hampir sahaja aku ingin letak jawatan daripada program ini. Tapi bila difikirkan semula, bersusah payah aku hadiri temuduga untuk dapatkan peluang ini, tak kan aku mahu senang-senang letak jawatan apabila cabaran yang kecil datang menduga? Ahhhhh..hati orang pengecut memang begitu. Lalu, aku cuba berfikiran positif bahawa aku boleh tempoh cabaran ini. Jangan pernah sia-siakan peluang yang ALLAH kurniakan.

Aku percaya selagi aku bergantung harap pada ALLAH untuk beri aku kekuatan tempoh segala cabaran, aku mampu laksanakannya dengan baik. Jangan pernah putus harap. Moga ALLAH sentiasa kurniakan motivasi yang tinggi dalam diri untuk aku gapai kejayaan di masa akan datang. Tinggal 10 hari sahaja lagi, 3rd IASS akan berlangsung. Moga pasukan 3rd IASS dapat lakukan yang terbaik setalah hampir setahun laksanakan persiapan. GOOD LUCK TO 3rd IASS commities…=)

 

 

HIJRAH

 

Mak dan abah telah berhijrah ke Kuala Kerai, Kelantan bermula 1 Febuari 2012.  Maknanya, rumah Kuang akan sunyi sepi…..sob..sob..

Lepas ni saya perlu beli tiket dan bagai2 untuk balik Kelantan. Selamat tinggal Selangor. Selamat datang ke Kelantan.

Hati saya tertinggal di Selangor…sinilah tempat saya membesar dan bermain.. Tinggal setahun lagi untuk menghabiskan hidup di Selangor.

Heeeehhh, nnt raya akan balik Kuang la. x payah nak beriya-riya.kua3….