CABARAN

Hari ini aku bisa tersenyum puas. Puas dengan nikmat yang ALLAH kurniakan buat daku sebagai hambanya. Aku diberi kesempatan untuk menyertai pasukan korperat program 3rd Internation Agriculture Students Symposium (IASS). Banyak perkara aku harap dapat aku timba daripada program ini.

 

Usaha untuk mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat di Malaysia membuahkan hasil. Aku berjaya dapatkan tajaan dari Rumpun Damai Nursery dan Agrobank. Alhamdulillah… walaupun perkembangan baik lambat diperoleh, tapi kesabaran membuahkan hasil.

Hampir sahaja aku ingin letak jawatan daripada program ini. Tapi bila difikirkan semula, bersusah payah aku hadiri temuduga untuk dapatkan peluang ini, tak kan aku mahu senang-senang letak jawatan apabila cabaran yang kecil datang menduga? Ahhhhh..hati orang pengecut memang begitu. Lalu, aku cuba berfikiran positif bahawa aku boleh tempoh cabaran ini. Jangan pernah sia-siakan peluang yang ALLAH kurniakan.

Aku percaya selagi aku bergantung harap pada ALLAH untuk beri aku kekuatan tempoh segala cabaran, aku mampu laksanakannya dengan baik. Jangan pernah putus harap. Moga ALLAH sentiasa kurniakan motivasi yang tinggi dalam diri untuk aku gapai kejayaan di masa akan datang. Tinggal 10 hari sahaja lagi, 3rd IASS akan berlangsung. Moga pasukan 3rd IASS dapat lakukan yang terbaik setalah hampir setahun laksanakan persiapan. GOOD LUCK TO 3rd IASS commities…=)

 

 

Leave a comment